11 Lokasi Menarik Sungai Untuk Mandi-Manda Di Kota Belud, Sabah

 

Tempat terbaik untuk aktiviti riadah dan berkelah bersama keluarga atau rakan taulan!


11 Lokasi Menarik Sungai Untuk Mandi-Manda Di Kota Belud, Sabah


Senarai sungai menarik dan terbaik untuk mandi-manda, berkelah dan aktiviti hujung minggu di Kota Belud, Sabah.

Kota Belud, Sabah terkenal dengan landskap sungai yang menarik dan cantik.

Antaranya ialah Polumpung Melangkap, Sondot View, Melangkap Nabalu Rafflesia, Eko Pelancongan Kalagadanku, Kg. Nahaba dan banyak lagi.


1. Polumpung Melangkap


Polumpung Melangkap merupakan tempat mandi manda yang terkenal di Kota Belud, Sabah.

Ini disebabkan lokasinya yang agak strategik dimana berlatarkan Gunung Kinabalu serta keadaan sungai yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur.

Selain itu, tempat ini sangat popular untuk aktiviti perkhemahan.

Maka tidak hairanlah jika ianya sentiasa meriah dan sentiasa ramai dikunjungi terutamanya pada hujung minggu.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini:

  • Berkhemah
  • Barbeku
  • Mandi-manda

Maklumat penting:

2. Sondot View Camp


Jika Polumpung Melangkap terlalu sesak dan anda ingikan tempat yang tenang, tidak begitu ramai orang, mungkin Sondot View merupakan pilihan terbaik?

Juga merupakan sungai yang sangat sesuai untuk bermandi-manda, barbeku, aktiviti keluarga dan banyak lagi.

Terdapat beberapa pondok dengan kemudahan minimum yang boleh disewa jika anda ingin bermalam di sini.




Kemudahan di sini:

  • Dapur gas (sewa)
  • Kedai runcit
  • Getah pelampung
  • Pondok rehat & bermalam
  • Tandas dan bilik mandi
  • Tempat bbq

Maklumat penting:

3. Melangkap Nabalu Rafflesia



Melangkap Nabalu Rafflesia juga merupakan sungai yang popular di Kota Belud, Sabah.

Seperti Polumpung Melangkap, tempat ini juga mempunyai landskap yang agak menarik!

Kelebihan tempat ini ialah mempunyai kawasan yang luas dan mempunyai pondok untuk bermalam.


Sungai juga agak cetek dan sangat sesuai untuk mandi-manda semua peringkat umur.

Maklumat penting:

4. Nahandang Melangkap Homestay & Campsite



Nahandang Melangkap Homestay & Campsite merupakan salah satu tempat penginapan dan tapak perkhemahan menarik bersebelahan dengan Polumpung Melangkap.

Biasanya tempat ini mempunyai ramai pengunjung seperti Polumpung Melangkap.

Tambahan lagi kemudahan penginapan terbaik disediakan di sini!

Aktiviti utama ialah, camping, berbeku, aktiviti berkeluarga dan semestinya bermandi-manda!


Bayangkan anda sedang mandi sambil menikmati pemandangan menakjubkan Gunung Kinabalu!

Pasti menyeronokkan!

Maklumat penting:

5. Melangkap Mandahattan Guest House


Penginapan terletak di tepi sungai!

Tempat yang agak strategik bagi anda yang inginkan keselesaan dengan bilik berhawa dingin dan lengkap dengan bilik mandi dan tandas.


Mungkin sungai dengan penginapan selesa yang anda inginkan?

Anda tidak perlu memikirkan ketidakselesaan apabila bermalam di dalam khemah sahaja, berkongsi bilik mandi dan tandas dengan pengunjung lain!

Maklumat penting:

6. Eko Pelancongan KalangadanKu Kg. Nahaba


Satu lagi tempat rekreasi yang sangat popular untuk bermandi-manda terletak di Kg. Nahaba, Kota Belud.

Sungai yang cetek, luas dan jernih dan sangat sesuai untuk aktiviti bermandi-manda bagi semua peringkat umur.

Pelbagai kemudahan dengan bayaran sewa tertentu iaitu:

Pondok (siang)

  • Pondok (bermalam)
  • Pelampung
  • Khemah pasang siap
  • Mini dewan
  • Kemudahan asas tandas & bilik mandi



Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan sungai menarik ni, anda boleh gunakan maklumat berikut:

Maklumat penting:

7. Kisakot Campsite Melangkap Tiong


Terletak di Kg. Melangkap Tiong, satu lagi sungai menarik untuk aktiviti mandi-manda dan berkelah.

Juga merupakan tapak perkhemahan yang sering dikunjungi di Kota Belud, Sabah.



Kisakot Campsite mempunyai beberapa pondok rehat dengan kadar sewa tertentu.

Jangan risau, kadar sewa agak murah!

Aktiviti di sini adalah mandi sungai, berbeku, camping dan aktiviti berkeluarga.

Anda perlu membayar yuran di “gate” masuk terlebih dahulu.

Maklumat penting:

8. Nohuntu Eco Tourism


Juga merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti mandi-manda, barbeku yang juga terletak di Kg. Melangkap.

Bersebelahan dengan Melangkap Nabalu Rafflesia.


Untuk pergi ke tempat ini, anda hanya perlu rujuk maklumat yang kami berikan berikut:

Maklumat penting:

9. Datau Nakapan EcoTourism


Datau Nakapan Eco Tourism juga merupakan lokasi untuk mandi-manda yang menarik.

Bagaimana jika anda berkhemah di sini bersama rakan-rakan?

Tempat dan persekitaran yang agak menarik terutamanya pada waktu matahari terbit dan terbenam pasti mengujakan anda!


Mempunyai kemudahan pondok, tandas dan bilik mandi.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi pihak pengurusan melalui nombor berikut:

Maklumat penting:

10. Paramat Garden


Sungai Paramat terletak di Kg. Melangkap Tiong, Kota Belud, Sabah. Kira-kira 30-45 minit dari Pekan Kota Belud

Aktiviti di sini adalah:

  • Riadah
  • Mandi-manda
  • Camping
  • Barbeku
  • Jungle Trekking

Di sini anda juga akan menikmati pemandangan menarik sungai dan Gunung Kinabalu!

Untuk lokasi yang tepat, sila berhubung dengan pihak pengurusan melalui maklumat berikut:

Maklumat penting: 

Apa pendapat anda dengan lokasi terbaik sungai untuk mandi-manda yang kami senaraikan?

Mungkin ada lagi tempat yang kami tidak senaraikan.

Anda boleh kongsi lokasi sungai menarik tersebut di ruangan komen!

Kami akan kemaskini senarai kami dari semasa ke semasa.

11. Capernaum Garden


Lokasi sungai menarik untuk mandi manda di Kota Belud!

Agak sesuai untuk semua peringkat umur.

Dasar sungai yang agak cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.


Maklumat penting: 







Comments